Thursday 31 July 2014

SALAM LEBARAN 1435H / 2014


Pihak Pengurusan dan Jawatankuasa Masjid Al-Muttaqin Kampung Sungai Tiram mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslimin & Muslimat terutama kepada penduduk-penduduk Kampung Sungai Tiram. Maaf Zahir Dan Batin.


Semoga segala amalan di bulan Ramadhan yang lalu diterima Allah SWT dengan doa dan harapan dapat bertemu semula Ramadhan Al-Mubarak pada tahun hadapan.

Thursday 24 July 2014

MAJLIS TADARUS & KHATAM AL-QURAN

Pada 22hb Julai 2014 yang lalu pihak Pengurusan Masjid telah dipilih selaku tuan rumah Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Peringkat Mukim Sungai Tiram yang disertai wakil dari kampung-kampung yang terletak dibawah pentadbiran Mukim Sungai Tiram.

Majlis tersebut juga disertai oleh YB Datuk Haji Maulizan Bin Bujang (ADUN Tiram).

Sunday 13 July 2014

ZAKAT FITRAH


Kadar Zakat Fitrah bagi Negeri Johor tahun 2014 /1435H


Maklumat lanjut boleh dirujuk di Laman Web Majlis Agama Islam Johor. Disini