Thursday 23 October 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436


Pihak Pengurusan dan Pegawai Masjid Al-Muttaqin Kampung Sungai Tiram mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Islam 1436 H. Semoga segala amalan dan ibadah sepanjang tahun 1435H diterima dan diberkati. Semoga tahun baru 1436H menjadikan kita insan yang lebih beriman dan bertakwa.... Insya Allah.



Pihak Masjid Menjemput Muslimin dan Muslimat bersama-sama dalam majlis bacaan doa akhir dan awal tahun dan ceramah agama pada 24hb Oktober 2014 bermula jam 6.30 Petang.

Tuesday 2 September 2014

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SEMPENA KEMERDEKAAN KE 57


Pada malam 30hb Ogos 2014 yang lalu, pihak JKKK Kg Sg Tiram telah menganjurkan Sambutan Malam Merdeka dengan kerjasama Masjid Al-Muttaqin Kg Sg Tiram dan Persatuan Belia Sungai Tiram (BEST) bagi mengingati detik sejarah kemerdekaan negara tercinta.

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil telah diadakan di Masjid Al-Muttaqin Kg Sg Tiram.






Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.



Saturday 30 August 2014

SALAM KEMERDEKAAN KE57


Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 57 Tahun


MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!


Friday 22 August 2014

SOLAT JENAZAH GHAIB MANGSA MH17


Alhamdulillah selepas Solat Jumaat 22hb Ogos 2014


Al-Fatihah dan Takziah kepda keluarga mangsa. Terus berdoa untuk MH370.
Photo credit to Tok Fendi 

Tuesday 19 August 2014

PROGRAM ZIARAH & MARHABAN SEMPENA AIDILFITRI

Alhamdulillah, selesai sudah program ziarah dan marhaban AJK Masjid Al-Muttaqin Kampung Sungai Tiram. Semoga diberkati dan berjumpa lagi tahun hadapan.













Tuesday 12 August 2014

GAMBAR KENANGAN


Beberapa gambar kenangan Masjid Sungai Tiram yang telah dibuka (dirasmikan) pada tahun 27hb Januari 1969 oleh Menteri Besar Johor pada ketika itu Dato Haji Othman Bin Haji Mohd Saat.





Thursday 31 July 2014

SALAM LEBARAN 1435H / 2014


Pihak Pengurusan dan Jawatankuasa Masjid Al-Muttaqin Kampung Sungai Tiram mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslimin & Muslimat terutama kepada penduduk-penduduk Kampung Sungai Tiram. Maaf Zahir Dan Batin.


Semoga segala amalan di bulan Ramadhan yang lalu diterima Allah SWT dengan doa dan harapan dapat bertemu semula Ramadhan Al-Mubarak pada tahun hadapan.

Thursday 24 July 2014

MAJLIS TADARUS & KHATAM AL-QURAN

Pada 22hb Julai 2014 yang lalu pihak Pengurusan Masjid telah dipilih selaku tuan rumah Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Peringkat Mukim Sungai Tiram yang disertai wakil dari kampung-kampung yang terletak dibawah pentadbiran Mukim Sungai Tiram.

Majlis tersebut juga disertai oleh YB Datuk Haji Maulizan Bin Bujang (ADUN Tiram).

Sunday 13 July 2014

ZAKAT FITRAH


Kadar Zakat Fitrah bagi Negeri Johor tahun 2014 /1435H


Maklumat lanjut boleh dirujuk di Laman Web Majlis Agama Islam Johor. Disini

Tuesday 24 June 2014

SALAM RAMADHAN 1435H


Pihak Pengurusan dan Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Muttaqin Kampung Sungai Tiram Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak Kepada Muslimin Dan Musllimat.


Jadual Berbuka Dan Imsak 1435H/2014 Negeri Johor

Sunday 22 June 2014

Senarai Jawatankuasa Masjid Al-Muttaqin Kg. Sg. Tiram 2014 - 2016


Carta Organisasi Masjid Al-Muttaqin Kampung Sungai Tiram bagi sesi 2014 - 2016 adalah sebagaimana berikut :