Thursday 23 October 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436


Pihak Pengurusan dan Pegawai Masjid Al-Muttaqin Kampung Sungai Tiram mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Islam 1436 H. Semoga segala amalan dan ibadah sepanjang tahun 1435H diterima dan diberkati. Semoga tahun baru 1436H menjadikan kita insan yang lebih beriman dan bertakwa.... Insya Allah.



Pihak Masjid Menjemput Muslimin dan Muslimat bersama-sama dalam majlis bacaan doa akhir dan awal tahun dan ceramah agama pada 24hb Oktober 2014 bermula jam 6.30 Petang.

Tuesday 2 September 2014

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SEMPENA KEMERDEKAAN KE 57


Pada malam 30hb Ogos 2014 yang lalu, pihak JKKK Kg Sg Tiram telah menganjurkan Sambutan Malam Merdeka dengan kerjasama Masjid Al-Muttaqin Kg Sg Tiram dan Persatuan Belia Sungai Tiram (BEST) bagi mengingati detik sejarah kemerdekaan negara tercinta.

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil telah diadakan di Masjid Al-Muttaqin Kg Sg Tiram.






Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.



Saturday 30 August 2014

SALAM KEMERDEKAAN KE57


Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 57 Tahun


MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!